Thursday, March 21, 2013

BENGKEL SERVIS KEWANGAN ANDA BERSAMA MEKANIK WANG

Kewangan anda PANCIT pada 2013?

Apa lagi.. Jom Servis Kewangan Anda bersama MEKANIK WANG : ABANG ABU 

Hanya RM 10 sahaja... Rebutlah peluang keemasan ini... 







Program ini adalah sebuah inisiatif Peserta Perdana Leader Fellowship untuk membantu rakyat Malaysia yang kini dibelenggu masalah kewangan. Walaupun bergaji 5 angka tetapi masih lagi dibayangi hutang sewabeli rumah, kenderaan, dan pinjaman pendidikan. Oleh itu, untuk melihat bagaimana kita boleh mengatur kewangan dengan baik, Program "Servis Kewangan Anda Bersama Mekanik Wang" ini dirangka melalui pendekatan penggunaan Permainan Cash Flow yang boleh membantu mempelajari pengurusan wang dengan lebih mudah, cepat, dan tidak membosankan.


JANGAN LEPASKAN PELUANG INI KERANA BUKAN MUDAH UNTUK KITA MENDEKATI MAJLIS ILMU SEBEGINI BERBANDING DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI YANG JUGA HANYA MEMBERI PENDEDAHAN PADA TEORI. Oleh itu, pendekatan pihak Pengarah Projek adalah melalui praktikal. GRAB IT! YOU WILL NOT BE REGRET... BUKAN JANJI, TAPI PASTI! ^_^

Bayangkan lebih 240,000 orang telah diisytiharkan bankrap di Malaysia... Kebanyakan adalah kerana hutang sewabeli kenderaan, rumah, dan hutang pinjaman pendidikan. Semua maklumat ini boleh didapati di Muflis- Anda Masih Ada Peluang Kedua

Oleh itu, kami menyeru ANDA semua untuk menyertai kami di Program yang amat bermakna ini. Peganglah kata-kata ini, "jangan kerana kedekut rumput, Kuda mati terjelir". Maksudnya, janganlah kita takut untuk melabur untuk masa hadapan kerana telah ada syarikat yang mengalami kerugian kerana tidak mahu mengupah konsultansi Peguam yang berjumlah RM3,000 tetapi dia kerugian berpuluh ribu ringgit. Moga kita ambil iktibar dan melabur masa dan wang untuk masa hadapan yang lebih terjamin, In shaa Allah...



Program: Servis Kewangan Anda Bersama Mekanik Wang
Tempat  : Dewan Utama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Tarikh   : 27 Mac 2013, Rabu
Masa      :11.00 pagi - 3.00 petang

Moh kita Sertai! ^_^ Jumpa ANDA di sana...



Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, boleh menghubungi:

Nurain - 017 - 758 6454


No comments:

Post a Comment